Cari @ Amanz

Video Acah Pertama OnePlus 7 Menjanjikan Peranti Yang Pantas Dan Lancar

Link Copied!

Rekaan dua peranti OnePlus 7 dan juga OnePlus 7 Pro telah tertiris beberapa hari yang lalu. Ini adalah kali pertama OnePlus melancarkan dua peranti secara serentak dalam masa setahun. Semalam CEO OnePlus Pete Lau akhirnya berkongsi video acah pertama untuk peranti OnePlus 7.

Video pendek sepanjang 5 saat menjanjikan peranti yang bukan sahaja pantas tetapi lancar ketika digunakan. Turut dapat dilihat ialah sebahagian kecil rekaan panel hadapan peranti. Dapat dilihat peranti dilengkapi sisi skrin yang melengkung. Pete Lau juga berkata peranti yang dihasilkan akan kelihatan cantik.

Antara ura-ura yang didengari setakat ini ialah OnePlus 7 dlengkapi skrin sebesar 6.4-inci, menggunakan takuk bersaiz kecil, dan dwi-kamera belakang 48-megapixel.

OnePlus 7 Pro pula dijangka menggunakan skrin bersaiz 6.64-inci dengan sisi melengkung, menggunakan kamera swafoto melungsur ke atas dan sistem tri-kamera pada bahagian belakang.


Komen ()