Cari @ Amanz

WhatsApp pada saat ini sedia menawarkan kebolehan stickers, cuma ia hanya dipaparkan di dalam imej pegun. Melalui versi pembangunan WhatsApp terkini, ia telah memberi petanda bahawa kebolehan stickers beranimasi ini bakal hadir pada aplikasi permesejan ini.

Fungsi ini dapat diaktifkan dengan hanya menuju ke bahagian pek stickers yang terletak pada bahagian bawah papan kekunci. Apabila paparan ini diakses, anda dapat melihat sejumlah stickers pegun biasa dan stickers beranimasi ini ditempatkan mengikut jenis stickers yang dimuat-turun.

WhatsApp Stickers

Seperti kebolehan GIF, stickers beranimasi ini akan dapat dipaparkan di dalam ruangan permesejan. Bagi pengguna yang mengaktifkan fungsi penjimatan data, ia hanya akan dapat digerakkan apabila pengguna memuat-turun stickers yang diterima.

Fungsi ini masih belum ditawarkan kepada semua pengguna buat masa ini. Namun dengan penglihatan fungsi ini pada WhatsApp beta, ia mungkin akan ditawarkan kepada pengguna pada versi akhir kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd