Cari @ Amanz

Acara pameran 5G anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bermula hari ini, dan sewaktu ucaptama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata bahawa kerajaan kini sedang giat berusaha untuk memastikan rakyat Malaysia di pelbagai peringkat boleh disambungkan ke Internet dengan cepat dan mudah.

Diantara pelan-pelan yang ditunjukkan termasuklah:

  • Ketersediaan sambungan Internet sepantas 500Mbps sebanyak 100 peratus di semua ibu negeri menjelang 2021.
  • Ketersediaan sambungan Internet Gigabit di kawasan-kawasan perindustrian dan ibu negeri menjelang 2023.
  • Sambungan gentian fiber kepada 70 peratus sekolah, hospital, balai polis, perpustakaan dan pejabat pos di seluruh Malaysia menjelang 2022.
  • Kelajuan purata 30Mbps di 98 peratus kawasan-kawasan kediaman di seluruh Malaysia.
  • Meningkatkan kemampuan sambungan internet mudah alih di lebuhraya Pan-Borneo apabila ia dilengkapkan.

Walaupun acara pameran 5G merupakan fokus utama untuk beberapa hari ini, ia perlu juga dikatakan bahawa sambungan internet masih tidak begitu baik di pelbagai kawasan di sekitar Malaysia, terutamanya kawasan pedalaman.

Mungkin dengan pelan-pelan ini, syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan akan dengan segeranya mengimplimentasi kebolehan sambungan internet ke kawasan-kawasan yang dinyatakan tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd