Cari @ Amanz

BlackBerry Messenger atau turut dikenali dengan nama BBM merupakan salah satu aplikasi permesejan yang sangat popular sekitar sedekad yang lepas. Malah, ia turut menjadi sebab utama untuk para pengguna mendapatkan peranti BlackBerry.

Tetapi, hal berkenaan berubah sejak pengenalan WhatsApp, dan populariti BBM berkurangan dari hari ke hari. Selari dengannya, kini ia diumumkan yang penawaran BBM untuk pengguna akan dtamatkan pada 31 Mei 2019 ini.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda ingin kekal menggunakan BBM dalam komunikasi, anda boleh beralih ke versi perusahaan BBMe, yang mana menawarkan sejumlah ciri menarik termasuk sokongan multi-platform bersama-sama dengannya. BBMe ditawarkan secara percuma untuk tahun pertama, dan selepas itu ia ditawarkan pada harga langganan $2.49 untuk tempoh 6 bulan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd