Tencent Dilaporkan Sedang Dalam Perancangan Hadir Dengan Telefon Permua Tersendiri

Tencent Dilaporkan Sedang Dalam Perancangan Hadir Dengan Telefon Permua Tersendiri

Diterbitkan pada Apr 19, 2019 oleh .

Tencent merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena permua (permainan mudah-alih), dimana mereka sedia menerbitkan sejumlah permua dibawah mereka, selain pelaburan pada syarikat seperti Epic, Supercell, Blizzard, Ubisoft dan sebagainya.

Terkini, laporan baru hadir ke arena web, ia diperkatakan Tencent sedang melihat untuk hadir dengan telefon pintar memfokuskan permainan berjenama tersendiri.

Tencent dikatakan terbuka untuk bekerjasama dengan syarikat pengeluar lain, dan menambah jenama mereka pada peranti berkenaan. Hal ini juga mungkin memberikan petanda yang mana telefon berkenaan kelak mungkin menawarkan pengoptimasian khusus untuk permainan dibawah mereka, selain mungkin kandungan tambahan khusus.

Buat masa ini, maklumat awal berkenaan dengannya masih samar-samar, dan tidak diketahui lagi siapakah akan menjadi rakan kerjasama Tencent dalam pengeluaran peranti permua kelak. Pada masa hari ini, antara peranti permua yang popular adalah termasuk ROG Phone daripada Asus, Razer Phone, dan juga Black Shark dibawah Xiaomi.


TIPS & ULASAN