Cari @ Amanz

Seperti kami laporkan minggu lalu, Samsung sedang membangunkan fungsi mod malam tersendiri pada peranti Galaxy S10. Menerusi kemas-kini ini, pengguna boleh memilih untuk mengaktifkan mod Bright Night secara manual tanpa bergantung kepada Scene Optimiser seperti sebelum ini.

Buat masa ini kemas kini hanya diberikan kepada pemilik Galaxy S10 di Switzerland. Ia akan diberikan secara berperingkat kepada pengguna global. Usai kemas kini, terdapat pilihan “Night” dalam aplikasi kamera. Dengan adanya fungsi Bright Night tersendiri, ini meletakkan Galaxy S10 setanding dengan Google Pixel 3, Oppo R17 Pro dan Huawei P30 Pro yang turut mempunyai mod malam manual terbina pada aplikasi kamera.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd