Cari @ Amanz

Hampir sebulan yang lalu, Nubia telah mengesahkan Nubia Red Magic 3 akan mempunyai enam ciri hebat untuk menjadikan peranti permua mereka ini antara yang terbaik. Namun, informasi yang diterima masih terhad.

28 April kelak, Nubia akan melancarkan Nubia Red Magic 3 di China. Kita akan ketahui informasi lanjut pada tarikh ini. Setakat ini, informasi yang diterima adalah bateri mungkin akan melebihi 5000mAh, pengecasan pantas 30W, janaan cip Snapdragon 855 dan juga pilihan RAM sehingga 12GB. Ura-ura mengatakan, Nubia Red Magic 3 turut akan mempunyai butang kawalan pada rangka peranti seakan Asus ROG dan juga motor getaran 4D seperti Honor Play.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd