Cari @ Amanz

Touch ’n Go sedia menguji sokongan “Pay Direct” dibeberapa lebuhraya sekitar Lembah Klang. Melaluinya, pengguna boleh pautkan kad fizikal TNG ke aplikasi dompet digital TNG, seterusnya pelbagai pembayaran akan ditolak terus daripada dompet digital TNG tanpa memberikan kesan terhadap baki jumlah pada kad fizikal pengguna.

TnG DUKE

Terkini, hari ini Touch ’n Go menambah sokongan Pay Direct untuk beberapa lebuhraya baru, termasuk AKLEH, LATAR dan juga GrandSaga. Dengan penambahan ini, sokongan Pay Direct telah pun diaktifkan di sekitar 10 lebuhraya sekitar Lembah Klang.

Pengenalan ciri ini lebih memudahkan pengurusan oleh pengguna – dimana anda boleh memantau penggunaan, mahupun membuat tambah-nilai dengan serta-merta tanpa perlu ke kaunter tambah-nilai seperti sebelumnya.

Pihak Touch n Go turut dijangka menambah sokongan Pay Direct di beberapa kawasan baru yang lain secara berperingkat tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd