Cari @ Amanz

Amazfit Verge adalah jam tangan pintar yang memfokuskan kecergasan terbaru mereka. Ia hadir dengan rekaan bulat, skrin 1.3-inci AMOLED, RAM 512MB dan juga storan dalaman 4GB.

Amazfit Verge

Amazfit Verge turut mempunyai ketahanan bateri sehingga lima hari, sokongan GPS, imbasan nadi dan juga perlindungan air dan debu IP68. Pada awal pelancaran, ia hanya mempunyai pembantu maya untuk pengguna China – Xiao AI dari Xiaomi. Terkini,  Amazfit Verge telah dikemaskini dengan integrasi Amazon Alexa. Antara sokongan kawalan suara yang boleh digunakan adalah;

  • Flash Briefing – kandungan berita terkini

  • Sports Update – skor-skor sukan dari pasukan kegemaran

  • Calendar – seru Alexa untuk ketahui jadual harian

  • Alarm – menetapkan penggera

  • To-do list – menguruskan senarai kerja

  • Q&A – soal jawab bersama Alexa

  • Translation – menterjemah lebih dari 50 bahasa asing

Tambahan lagi, untuk pengguna iOS – kemaskini terkini turut membawakan fungsi menjawab panggilan telefon. Agak jarang untuk jam tangan pintar bukan Apple membenarkan menjawab panggilan telefon. Amazfit Verge turut boleh didapatkan di Malaysia secara rasmi pada harga RM689.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd