Spotify Kini Mencapai Lebih 500 Juta Muat Turun Di Android

Spotify Kini Mencapai Lebih 500 Juta Muat Turun Di Android

Diterbitkan pada Apr 19, 2019 oleh .

Spotify adalah platform penstriman muzik yang popular. Ia menawarkan harga yang mampu milik, antaramuka yang mesra pengguna, kemampuan muzik dimainkan secara rentas-peranti dan banyak lagi. Kewujudan Spotify juga dilihat salah satu alternatif menghentikan pengguna dari memuat turun muzik secara haram.

Spotify terkini, telah mencapai lebih 500 Juta muat turun di Google Play Store. Ini bermakna, pengguna Spotify telah bertambah dan sudah ramai mula beralih ke dunia digital dan dunia langganan perkhidmatan. Tidak lupa juga, Spotify bukan sahaja memfokuskan kepada muzik – mereka kini turut sudah mula memfokuskan podcast.

Jumlah muat turun ini turut disebabkan sumbangan dari Samsung, yang mana semua peranti baharu Samsung kini hadir dengan Spotify terpasang. Di India, harga langanan adalah antara yang paling murah dan Spotify juga turut telah memperkenalkan antaramuka yang memudahkan pengguna untuk kawal semasa memandu.

Muat Turun Spotify Untuk Android Di Play Store


TIPS & ULASAN