Cari @ Amanz

ZTE Axon 10 Pro 5G Bakal Dilancarkan 6 Mei – Hadir Dengan ‘Dagu’ Ternipis Dunia

Link Copied!

ZTE Axon 10 Pro 5G kali pertama didengari adalah pada acara MWC Barcelona 2019. Menurut laporan, peranti ini akan hadir dengan skrin 6.47″ AMOLED, memori sebesar 6GB RAM dan storan sebesar 128GB. Ia turut akan dijana dengan Snapdragon 855 yang dipadankan dengan cip 5G Snapdragon X50.

ZTE akhirnya telah mengumumkan tarikh pelancaran peranti ini. Ia akan dilancarkan di China pada 6 Mei kelak. Mengejutkan, ZTE turut mendakwa yang peranti mereka ini merupakan peranti dengan saiz ‘dagu’ terkecil dunia. Panel skrin mereka ini dikatakan menggunakan solusi COP dari Visionex, di mana panel ini adalah 30% lebih nipis dari panel biasa.

Untuk kamera, ZTE menggunakan sistem tri-kamera 48+20+8 Megapixel dan kamera swafoto 20 Megapixel. Bateri dikatakan adalah 4000mAh dan juga turut akan sertakan pengimbas cap jari dalam skrin. Untuk maklumat lanjut sama-sama kita nantikan bulan Mei kelak.


Komen ()