Cari @ Amanz

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum Pixel 3A dan 3A XL dilancarkan. Peranti kelas pertengahan ini besar kemungkinan akan diperlihatkan ketika acara Google I/O kelak. Rekaannya sudah beberapa kali tertiris tetapi hari ini imej pengolokan rasminya pula akhirnya tertiris.

Ia adalah dua peranti dengan rekaan nirtakuk dengan bahagian dagu serta dahi yang besar. Butang kuasa dan suara nampaknya terletak pada sisi kanan. Kedua-dua peranti ini walaupun mempunyai rekaan yang sama dilengkapi dua pemproses berbeza iaitu Snapdragon 670 dan Snapdragon 710.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd