Carian
Pembuat Peranti Dwi-Skrin YotaPhone Diisytiharkan Muflis
April 19, 2019 Fahim Zahar

YotaPhone boleh dikatakan adalah antara peranti pintar terawal menggunakan dwi-skrin. Ia pertama kali diperkenalkan pada acara MWC 2014 dan dalam tahun yang sama turut dilancarkan di Malaysia. Skrin kedua peranti ini adalah skrin e-ink yang dikhususkan untuk membaca dan juga notifikasi.

Kali terakhir Yota hadir dengan sebuah peranti adalah pada tahun 2017 dengan melancarkan YotaPhone 3. Kini selepas dua tahun mendiamkan diri, syarikat ini telah diishtiharkan muflis oleh Cayman Islands Supreme Court. Yota dilihat sudah pun mengalami masalah, apabila tidak berjaya menunaikan perjanjian kontrak dengan Hi-P Electronics – selaku pembekal skrin kepada Yota.

Hi-P Electronics turut telah memfailkan saman $17 Juta, yang belum lagi dilangsaikan oleh Yota. Sedikit sejarah mengenai Yota, mereka adalah syarikat yang mengeluarkan modem dan penghala – yang dimiliki oleh syarikat telekomunikasi Скартел. Yota turut bekerjasama dengan banyak syarikat lain bagi merealisasikan produk mereka. Kini, syarikat ini telah terkubur dan peranti dwi-skrin moden diteruskan oleh pengeluar seperti Vivo dan Nubia.

Komen