Cari @ Amanz

Google nampaknya akan menambah sokongan “Mod Pembacaan” atau “Reader Mode” pada pelayar web Chrome di desktop tidak lama lagi. Buat masa ini, ciri ini telah mula diuji pada Chrome Canary – menandakan ia bakal diperkenalkan pada pelayar web Chrome versi stabil dalam masa beberapa bulan lagi.

Melalui ciri “Mod Pembacaan” ini, ia akan memudahkan lagi pengguna memfokuskan kepada artikel pada sesuatu laman dengan menyembunyikan pelbagai elemen yang menganggu – termasuk pengiklanan, animasi, dan sebagainya. Ia hanya akan mengekalkan paparan teks dan imej pada artikel – sekaligus memudahkan lagi proses pembacaan anda.

Sekiranya anda menggunakan Chrome Canary, anda boleh mengaktifkan ciri ini hari ini dengan ke chrome://flags/#enable-reader-mode.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd