Maxis Dijangka Membuka Pendaftaran Pakej 300Mbps, 500Mbps dan 800Mbps Seawal Minggu Hadapan

Maxis Dijangka Membuka Pendaftaran Pakej 300Mbps, 500Mbps dan 800Mbps Seawal Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Apr 20, 2019 oleh .

Pada minggu ini, kita telah melihat pihak Telekom Malaysia hadir dengan penawaran Unifi 300Mbps untuk pelanggan baru. Kini, tidak ketinggalan adalah Maxis, dimana mereka dijangka membuka pendaftaran untuk pakej jalur-lebar mereka tidak lama lagi.

Maxis Home Fiber 300Mbps

Tiga pakej baru yang dijangka akan ditawarkan oleh Maxis adalah pada kelajuan 300Mbps, 500Mbps dan juga 800Mbps. Pakej 300Mbps ditawarkan pada harga langganan RM149 sebulan, pakej 500Mbps pada harga langganan RM219 sebulan, dan 800Mbps pada harga langganan RM299 sebulan.

Pakej yang ditawarkan dilihat sedikit murah berbanding dengan penawaran TM – dimana Unifi 300Mbps hadir pada harga langganan RM199 sebulan. Walaubagaimanapun, pihak TM menawarkan kandungan tambahan melalui HyppTV.

Kesemuanya menawarkan kelajuan muat-turun dan muat-naik yang berbeza, tetapi hadir dengan penggunaan kuota tanpa had. Menariknya juga, kesemua pakej ini hadir dengan sokongan panggilan tanpa had.

Maxis dilihat turut akan menawarkan 2 Mesh WiFi secara percuma untuk pakej 500Mbps dan juga 800Mbps – sekaligus memastikan kawasan rumah anda mempunyai liputan menyeluruh berbanding penggunaan penghala (router) semata-mata.

Maxis dijangka membuka pendaftaran pakej ini seawal minggu hadapan. Seperti biasa, pendaftaran pakej ini dijangka tertakluk kepada sokongan infrastruktur yang disediakan di sesuatu kawasan perumahan berkenaan. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya secara rasmi pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN