Apple Dijangka Akan Membawa Fungsi Screen Time Dan Siri Shortcuts Ke macOS

Apple Dijangka Akan Membawa Fungsi Screen Time Dan Siri Shortcuts Ke macOS

Diterbitkan pada Apr 20, 2019 oleh .

Apple sedang membangunkan versi macOS baru untuk diperlihatkan pada acara WWDC 2019. Mereka dikatakan bakal membawa sejumlah fungsi daripada iOS untuk digunakan pada iterasi macOS akan datang.

Fungsi pertama yang akan dibawa ialah Screen Time yang membolehkan pengguna memantau masa penggunaan pada peranti. Melalui fungsi ini, pengguna boleh melihat jumlah masa yang dihabiskan pada sesuatu aplikasi, selain menetapkan had masa pada aplikasi tersebut.

MacOS juga bakal membawakan fungsi Siri Shortcuts untuk memudahkan anda melakukan sesuatu tugasan pada Mac melalui sistem automasi. Dengan hanya menekan sesuatu shortcuts, peranti akan membantu anda menyelesaikan tugasan tersebut secara automatik. Seperti contoh, anda boleh menggunakan shortcuts “Download Youtube video” untuk memuat-turun video Youtube yang sedang dimainkan.

Apple dijangka akan memperlihatkan lebih banyak perkara pada macOS baru ini pada acara WWDC yang berlangsung pada 3 Jun 2019. Acara ini akan memperlihatkan kesemua pembangunan sistem operasi oleh Apple seperti iOS, macOS, watchOS, dan tvOS.


TIPS & ULASAN