Bose sedia menawarkan “BoseSmart” iaitu sebuah siri pembesar suara pintar dengan sokongan Amazon Alexa. Apa yang menarik, sejumlah model pembesar suara BoseSmart ini telah dilengkapi dengan sokongan AirPlay 2.
Melalui penyertaan AirPlay 2 ini, pembesar suara BoseSmart kini boleh memainkan audio daripada peranti Apple secara nirwayar. Bermakna, pengguna kini boleh memainkan kandungan daripada Apple Music, Spotify, dan Tidal terus kepada pembesar suara pintar ini.
Menurut Bose, siri BoseSmart yang menyokong AirPlay 2 ini merangkumi Bose Home Speaker 500, Soundbar 500, dan Soundbar 700. Bose juga dijangka akan memperkenalkan fungsi ini pada pembesar suara SoundTouch mereka, namun tiada sebarang tarikh diberikan untuk pemberian kemaskini.
Kesemua pembesar suara yang disenaraikan perlu dikemaskini ke firmware versi 3.1.7 untuk menikmati fungsi AirPlay 2 ini. Ia boleh dikemaskini melalui aplikasi Bose Music yang sedia ditawarkan pada peranti Android dan iOS.