Samsung Galaxy M10 Hadir Ke Pasaran Malaysia Pada Harga RM449

Samsung Galaxy M10 Hadir Ke Pasaran Malaysia Pada Harga RM449

Diterbitkan pada Apr 20, 2019 oleh .

Samsung Malaysia kini nampaknya telah menambah satu lagi telefon pintar dibawah siri-M, dan ditawarkan secara eksklusif atas talian, iaitu Galaxy M10. Menawarkan spesifikasi asas, ia ditawarkan oleh Samsung pada harga RM449.

Samsung Galaxy M10

Samsung Galaxy M10 hadir dengan skrin 6.2-inci HD+ dengan rekaan bertakuk, dijana cip Exynos 7870, memori 2GB RAM, dan storan 16GB. Ia dilengkapi kamera hadapan 5-megapixel, selain dwi-kamera belakang gabungan 13MP + 5MP.Melengkapkan peranti ini juga adalah bateri berkapasiti 3400mAh yang dicas menggunakan mikro-USB.

Samsung dilihat memfokuskan penawaran skrin bersaiz besar untuk menikmati kandungan melaluinya, disamping hadir dengan harga mampu milik.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Samsung Galaxy M10 ini pada harga RM449 di Malaysia bermula 22 April 2019 ini.

Layari : Samsung Galaxy M10 Malaysia


TIPS & ULASAN