Butang Google Assistant Mungkin Akan Ditawarkan Pada Chromebook

Butang Google Assistant Mungkin Akan Ditawarkan Pada Chromebook

Diterbitkan pada Apr 20, 2019 oleh .

Fungsi Google Assistant telah banyak ditawarkan pada telefon pintar, Chromebook, dan sistem berasaskan Android TV. Untuk memudahkan fungsi ini diakses, Google dikatakan dalam perancangan untuk menawarkan butang fizikal Google Assistant pada peranti Chromebook.

Perkara ini diperkatakan melalui sebuah kod yang difailkan pada halaman Chromium Gerrit. Kod ini membolehkan perkakasan luaran dibenarkan untuk membuka fungsi pembantu maya pada Chrome OS.

Dengan perlaksanaan ini, pengeluar peranti Chromebook dapat meletakkan butang tambahan untuk mengaktifkan fungsi Google Assistant ini. Aksesori lain seperti headset dan alat kawalan permainan juga dapat memanfaatkan fungsi ini apabila ia dihubungkan ke Chrome OS.

Buat masa ini, fungsi Google Assistant pada Chromebook perlu diaktifkan dengan menekan lama pada kombinasi butang Search + A. Ia agak sedikit melecehkan, jadi perletakkan butang fizikal Google Assistant ini adalah sangat diperlukan untuk memudahkan pengguna mengaksesnya.


TIPS & ULASAN