BlackBerry Key2 Red Edition Mula Dijual Di Pasaran Antarabangsa Pada Harga Sekitar RM2888

BlackBerry Key2 Red Edition Mula Dijual Di Pasaran Antarabangsa Pada Harga Sekitar RM2888

Diterbitkan pada Apr 20, 2019 oleh .

BlackBerry pada acara MWC 2019 telah mengumumkan BlackBerry Key2 Red Edition dengan membawa perubahan dari segi warna dan jumlah storan. Selang sebulan pengumuman tersebut, peranti ini telah mula dijual di pasaran Amerika Syarikat pada harga sekitar RM2888.

BlackBerry Key2 merupakan telefon keluaran 2018 dengan penawaran kekunci papan kekunci fizikal di bawahnya. Ia membawakan spesifikasi kelas pertengahan, seperti kehadiran skrin 4.5-inci FHD, Snapdragon 660, dan memori 6GB RAM. Melengkapkan peranti ini ialah kebolehan dwi-kamera dengan sokongan zoom optikal, kamera hadapan 8MP, dan kapasiti bateri 3500 mAh.


Apa yang membezakan peranti ini dengan BlackBerry Key2 biasa, Red Edition menampilkan kombinasi warna merah dan hitam dalam menaikkan lagi imej elegan pada peranti ini. Storan dalamannya juga telah dinaiktaraf kepada 128GB berbanding 64GB pada edisi biasa.

Walaupun mencecah usia hampir satu tahun, peranti ini masih dijual pada harga yang agak tinggi iaitu $699 USD atau sekitar RM2888. Namun bagi penggemar BlackBerry, BlackBerry Key2 ini masih lagi antara peranti yang terbaik untuk menikmati fungsi papan kekunci fizikal di dalam sebuah peranti moden.

Buat masa ini, edisi Red Edition ini tidak diumumkan sama ada ia akan memasuki pasaran tempatan. Namun anda masih boleh mendapatkan BlackBerry Key2 edisi biasa pada harga jualan rasmi RM2599.


TIPS & ULASAN