Netflix Menguji Fungsi Menonton Episod Rancangan Bersiri Secara Rawak

Netflix Menguji Fungsi Menonton Episod Rancangan Bersiri Secara Rawak

Diterbitkan pada Apr 21, 2019 oleh .

Secara lazimnya siri TV ditonton mengikut musim dan episod secara kronologi. Ini memudahkan proses memahami jalan cerita secara menyeluruh. Tetapi kadang kala saya sendiri akan menonton siri sitkom How I Met Your Mother secara rawak sekadar untuk berhibur. Kemudian untuk menonton episod lain secara rawak sekali lagi pilihan manual perlu dilakukan.

Netflix kini dilihat mencuba fungsi yang membenarkan episod dari siri tertentu ditonton secara rawak. Fungsi ini ditemui oleh laman Androidpolice dalam aplikasi Netflix. Netflix kerap melakukan eksperimen jangka pendek pada pengguna tertentu sebelum mengambil keputusan memberikannya kepada umum.

Hanya tahun lalu mereka menguji menonton video secara menegak pada aplikasi Android sebelum dihentikan lima hari selepas itu. Apabila disoal, Todd Yellin dari Netflix memberitahu kami fungsi tersebut tidak akan diberikan kepada semua kerana penggunaannya yang rendah.


TIPS & ULASAN