Basikal Elektrik Pintar Dengan Sistem Imbangan Automatik Dibangunkan Untuk Warga Emas Belanda

Basikal Elektrik Pintar Dengan Sistem Imbangan Automatik Dibangunkan Untuk Warga Emas Belanda

Diterbitkan pada Apr 21, 2019 oleh .

Belanda ialah negara yang cukup sinonim dengan penggunaan basikal kerana permukaan muka bumi yang landai. Mereka mempunyai masalah kekurangan tempat menyimpan basikal dan bukannya tempat simpanan kereta seperti di Malaysia. Kerana kepopularan basikal, wujud masalah warga emas yang hilang upaya untuk mengimbangi diri kerana usia yang semakin lanjut.

Penyelesaian kepada masalah ini ialah basikal elektrik pintar dengan sistem imbangan automatik terbina pada hendal basikal. Sistem girometer serta accelerometer memantau kedudukan basikal apabila ia bergerak melebihi kelajuan 4 km/j. Apabila ia mengesan basikal menunjukkan petanda akan terjatuh, motor elektrik dalam tangkai hadapan basikal akan secara automatik akan melakukan pembetulan.

Sistem ini dibangunkan oleh Delft University of Technology (TU Delft ) dengan kerjasama pengeluar basikal Royal Dutch Gazelle. Sistem ini masih lagi diuji bagi mengumpul input dari pengguna sebenar. Respon dari mereka adalah positif kerana berjaya membantu menegakkan semula basikal apabila ia hampir terjatuh.


TIPS & ULASAN