Cari @ Amanz

Chromebook adalah alternatif yang sangat popular kerana ia menawarkan pengoperasian yang ringkas berbanding komputer Windows. Ia menawarkan prestasi yang pantas, mudah digunakan, dan mampu menawarkan ketahanan bateri yang lama. Disebabkan oleh populariti Chromebook, HP telah menawarkan sebuah Chromebook baru dengan penawaran skrin besar dan papan kekunci berlampu.

Chromebook baru ini dikenali sebagai HP Chromebook 15 yang merupakan Chromebook 15-inci pertama yang dihasilkan oleh HP. Ia membawakan paparan sebesar 15.6-inci Full HD, cip Intel Pentium Gold 4417U, memori 4GB RAM DDR4, dan storan 64GB berasaskan eMMC.

Apa yang menarik, ia mampu menawarkan ketahanan bateri yang lama iaitu 13 jam masa penggunaan maksimum. Melengkapkan lagi peranti ini ialah slot kad mikroSD, 2 x port USB-C 3.1, dan 1 x port USB-A 3.1.

HP Chromebook 15 telah ditawarkan pada pasaran antarabangsa pada harga $449 (~RM1855) dan ditawarkan dalam dua pilihan warna berbeza seperti Cloud Blue dan Mineral Silver. Buat masa ini, tiada maklumat rasmi diumumkan bagi jualan Chromebook ini untuk pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd