Carian
ASUS Dilaporkan Tidak Akan Lagi Membangunkan Peranti Berasaskan Tablet Android
April 21, 2019 Arib Ismail

Pasaran tablet Android pada saat ini boleh dikatakan sudah perlahan. Hanya sejumlah kecil pengeluar sahaja yang terus menghasilkan tablet ini seperti Samsung, Xiaomi, dan Lenovo. ASUS yang sebelum ini aktif dalam penghasilan siri ZenPad dilaporkan tidak akan lagi menghasilkan tablet Android pada akan datang.

Perkara ini berikutan daripada perkembangan saiz telefon pintar yang semakin membesar dari tahun ke tahun. Dengan rekaan bingkai nipis, telefon kini mampu mencapai saiz skrin melebihi 6-inci – iaitu sebuah saiz yang menghampiri ke arah sebuah tablet.

Perkara ini boleh dilihat apabila ASUS tidak lagi membangunkan tablet selepas pengeluaran ZenPad 8 Z380KNL pada tahun 2016. Ini bermakna ASUS tidak mengemaskini siri ZenPad hampir 3 tahun, yang mungkin berikutan daripada kurangnya permintaan oleh pengguna.

Selepas ini, ASUS dilaporkan hanya akan memfokuskan kepada siri telefon pintar seperti ZenFone dan ROG Phone sahaja. Perkara ini sekaligus akan memberi petanda bahawa model baru untuk kedua-dua siri ini akan terus ditawarkan pada akan datang.

Komen