Cari @ Amanz

Percetakan Nasional Malaysia Berhad, atau nama singkatannya, PNMB merupakan salah satu syarikat yang tidak asing lagi bagi kebanyakkan pengguna. Mereka sedia melakukan percetakan pelbagai perkara, termasuk turut terlibat dalam percetakan bil-bil utiliti.

PNM Fintech

Terkini, ia dilihat PNMB turut akan memasuki arena digital, terutamanya dalam arena memfokuskan kewangan digital. Melalui wakil PNMB yang ditemui kami, ia dilihat PNMB merancang untuk memperkenalkan sejumlah aplikasi memfokuskan arena kewangan digital dibawah nama PayFo.

Salah satu aplikasi pertama yang akan diperkenalkan adalah memfokuskan kepada pembayaran bil utiliti. Seperti ramai sedia maklum, PNMB membuat percetakan pelbagai bil utiliti, dan melalui salah satu aplikasi yang bakal diperkenalkan, ia akan memudahkan pengguna melakukan pembayaran bil utiliti dan menguruskannya dengan lebih efisien.

Bil Utiliti

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih tidak diketahui lagi. Selain aplikasi untuk pengurusan bil utiliti ini, pihak PNMB turut dijangka memperkenalkan beberapa aplikasi lain dibawah PayFo secara berperingkat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd