Minggu lalu beberapa pengguna awal Samsung Galaxy Fold melaporkan masalah skrin yang menyebabkan ia berkelip-kelip atau dalam kes lebih serius terus gagal berfungsi. Pihak Samsung telah mengeluarkan kenyataan akan menyiasat setiap peranti yang dilaporkan mengalami kerosakan dan pada masa yang sama mengingatkan pengguna supaya tidak menanggalkan skrin pelindung.
Samsung Galaxy Fold launch events in Hong Kong and Shanghai have been postponed. They were originally scheduled for this Tuesday and Wednesday, respectively.
— Richard Lai (@richardlai) April 21, 2019
Terkini menurut kicauan Richard Lai, seorang editor di Engadget majlis pelancaran Galaxy Fold di Hong Kong dan Shanghai telah ditangguh. Majlis sepatutnya berlangsung pada 23 dan 24 April. Menurut laporan Sammobile pula majlis ditangguh kerana masalah melipatkan lokasi pelancaran. Besar kemungkinan penangguhan dilakukan bagi meletakkan label amaran yang lebih besar pada peranti. Pengguna awal berkata amaran untuk tidak menanggalkan pelindung skrin tidak disertakan.