Spesifikasi Cip Snapdragon 735 Tertiris – Sebuah Lagi Cip Kelas Pertengahan Premium

Spesifikasi Cip Snapdragon 735 Tertiris – Sebuah Lagi Cip Kelas Pertengahan Premium

Diterbitkan pada Apr 22, 2019 oleh .

Awal bulan yang lalu cip Snapdragon 730 dan 730G telah diumumkan sebagai pemproses kelas pertengahan yang direka khas untuk permua. Kedua-dua cip ini menarik kerana mempunyai dua teras Cortex A76 yang berkuasa tinggi. Hari ini maklumat mengenai cip Snapdragon 735 pula tertiris dengan spesifikasi yang lebih tinggi.

Ia akan menggunakan konfigurasi 1+1+6 Teras dengan kombinasi satu teras 2.9 GHz Kryo 4XX (berasaskan Cortex A76), satu teras 2.4 GHz Kryo 4XX (berasaskan Cortex A76) dan enam teras 1.8 GHz Kryo 4XX (berasaskan Cortex A55). Cip GPU yang digunakan pula ialah Adreno 620 yang tidak pernah digunakan pada cip lain sebelum ini. Turut dapat dilihat ialah penggunaan modem 5G.

Dari spesifikasi ini jelas bahawa Snapdragon 735 ialah cip kelas pertengahan tinggi di antara Snapdragon 855 dan Snapdragon 730G. Ia mungkin ditawarkan kepada peranti jelas pertengahan yang akan menyokong rangkaian 5G kelak.

Sumber Suggestphones via GSMArena


TIPS & ULASAN