Penawaran 5G Untuk Industri Dijangka Bermula Seawal Tahun Hadapan

Penawaran 5G Untuk Industri Dijangka Bermula Seawal Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Apr 22, 2019 oleh .

Pada penghujung minggu lepas, kerajaan telah mempertontonkan konsep penggunaan rangkaian 5G yang dijangka akan mengubah kehidupan orang ramai. Berkongsi lanjut mengenainya, SKMM kini menyasarkan penawaran rangkaian 5G untuk penggunaan industri seawal 2020 kelak.

Berbeza dengan generasi rangkaian sebelum ini, 5G dilihat akan difokuskan untuk penawaran perusahaan dan industri terlebih dahulu, sebelum ia diperluaskan kepada penggunaan orang ramai.

Seperti ramai sedia maklum, selain menawarkan kelajuan yang lebih pantas, rangkaian 5G turut membawakan kadar pendam masa yang rendah, sekaligus membolehkan ia digunakan untuk pelbagai tujuan – daripada pengangkutan, termasuk untuk kesihatan, pendidikan dan juga pertanian.

Mengulas lanjut, pihak SKMM mengatakan mereka akan menutup gelombang analog untuk siaran TV menjelang suku ketiga 2019 ini, dan dalam tempoh 6 bulan akan datang, spektrum 700Mhz dijangka ditawarkan untuk penggunaan awam.

Sebelum ini, pihak SKMM turut telah mengatakan yang mana penawaran rangkaian 5G dijangka ditawarkan meluas untuk pengguna awam sekitar 2021/22 kelak.


TIPS & ULASAN