Carian
Laman YouTube Yang Memainkan Lagu Death Metal Yang Ditulis Kecerdasan Buatan Tanpa Henti Dilancarkan
April 22, 2019 Nazrin

Kecerdasan buatan, ataupun artificial intelligence mempunyai banyak kegunaan yang bermanfaat, ataupun sekurang-kurangnya menarik di pelbagai jenis industri. Akan tetapi, satu industri yang jarang kedengaran teknologi AI ini digunakan ialah didalam industri muzik.

Semua itu telah berubah baru-baru ini kerana sebuah laman YouTube yang menstrim lagu death metal yang ditulis oleh sebuah sistem kecerdasan buatan yang dinamakan DADABOTS telah dilancarkan.

Pencipta dibelakang sistem kecerdasan buatan kreatif ini adalah CJ Carr dan Zack Zukowski yang menggunakan rangkaian neural berulang (recurrent neural network) untuk mengolah muzik yang sedang dimainkan melalui laman YouTube tersebut.

Menurut mereka, lagu death metal yang mempunyai tempo yang pantas ini cukup sesuai untuk DADABOTS mengeluarkan output audio yang lebih konsisten berbanding dengan lagu-lagu yang lebih perlahan ataupun mempunyai tempo yang berterabur.

DADABOTS kini sedang menstrim lagu death metal tanpa henti di laman YouTube secara langsung selama hampir sebulan, dan buat masa ini, tidak diketahui lagi bilakah ia akan dihentikan.

Komen