Fungsi “Tab” Pada File Explorer & Aplikasi Tidak Lagi Ditawarkan Pada Versi Pembangunan Windows 10

Fungsi “Tab” Pada File Explorer & Aplikasi Tidak Lagi Ditawarkan Pada Versi Pembangunan Windows 10

Diterbitkan pada Apr 22, 2019 oleh .

Microsoft pada sebelum ini telah menawarkan fungsi “Sets” pada versi pembangunan Windows 10. Ia membolehkan pengguna menggunakan tab pada File Explorer dan aplikasi di dalam satu paparan tetingkap. Namun fungsi ini nampaknya telah dihentikan oleh Microsoft melalui pembuangan fungsi ini pada versi pembangunan Windows 10.

Windows 10 Sets

Perkara ini disahkan oleh salah seorang pembangun Microsoft iaitu Rich Turner ketika menjawab salah seorang ahli Windows Insider. Beliau mengatakan fungsi meletakkan tab tidak lagi dibangunkan, namun ia akan tetap menjadi keutamaan Microsoft untuk membawanya sebagai sebuah fungsi.


Fungsi “Sets” telah diperkenalkan pada Julai 2017 pada Windows 10, namun ia telah dibuang secara berperingkat pada Jun 2018. Lima bulan kemudian, fungsi ini turut dibuang pada PowerShell, sekaligus melenyapkan pembangunan Sets ini secara terus.

Fungsi tab ini telah sedia ditawarkan pada pesaingannya iaitu macOS dalam memudahkan pengurusan eksplorasi fail. Walaupun fungsi Sets ini tidak berjaya ditawarkan pada versi akhir Windows 10, kami mengharapkan ia kembali di dalam sebuah fungsi yang lebih praktikal dan mudah digunakan oleh pengguna.


TIPS & ULASAN