Cari @ Amanz

Minggu hadapan peranti skrin boleh dilipat Samsung Galaxy Fold akan dilancarkan di beberapa pasaran terpilih. Ia akan menjadi peranti skrin boleh lipat Android pertama ditawarkan kepada umum. Selari dengan pelancarannya, Google telah mengemaskini aplikasi Google Photos untuk menyokongnya secara rasmi.


Menerusi kemas kini ini, Photos akan menyokong mod continuity yang menyambung apa yang dilihat pada skrin luaran kecil terus pada skrin besar 7.3″ apabila Galaxy Fold dibuka. Selain Galaxy Fold, kemaskini versi 4.14 yang diberikan minggu lalu turut akan menyokong Huawei Mate X kelak. Selain sokongan continuity, Photos edisi iOS juga menunjukkan petanda kecil gambar serta video yang belum disandarkan ke storan awanan pengguna.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd