Cari @ Amanz

Markah GrabRewards Kini Boleh Digunakan Untuk Menderma Kepada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan

Oleh Liyana

Link Copied!

GrabRewards ialah markah yang diterima pengguna perkhidmatan Grab yang kemudiannya boleh ditebus untuk mendapatkan pelbagai potongan harga atau promosi di hotel misalnya. Ramai pengguna yang menggunakan Grab sebenarnya tidak memanfaatkan markah yang telah dikumpul. Jadi ada baiknya jika GrabRewards anda digunakan untuk menyumbang kepada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF).

Kerjasama di antara Grab dan NKF ini adalah kesinambungan dari program yang sama tahun lalu yang berjaya mengumpul dana untuk membeli mesin dialisis. Sejak 12 April hingga 30 Jun ini, pengguna Grab boleh mengubah 600 mata GrabRewards mereka kepada sumbangan bernilai RM5 kepada pengguna NKF.

Pihak NKF berharap melalui kerjasama ini dapat membantu pembiayaan yang mencukupi untuk pembelian mesin dialisis pesakit. Perihal ini dapat menyokong lebih ramai lagi pesakit Kegagalan Buah Pinggang Tahap Akhir (ESRF). Mungkin ramai tidak mengetahui setiap mesin dialisis biasanya hanya mampu bertahan dalam tempoh 8 tahun sahaja. Malah setiap tahun, NKF perlu mengumpul RM24.9 juta untuk subsidi pesakit yang sedang mencari rawatan di 28 pusat dialisis mereka di seluruh negara.

Iris Chang – Ketua Pemasaran Grab Malaysia turut menjelaskan, mereka berbesar hati menjadi saluran kepada NKF. Menerusi platform ini ternyata ramai pihak ingin menyalurkan sokongan mereka namun tidak mempunyai platform yang tepat. Wujudnya Grab sebagai saluran utama bantuan sekali gus dapat menggalakkan anggota masyarakat untuk bergabung dan melakukan amal kepada komuniti.

Orang ramai yang berminat untuk menyumbang ke arah NKF dalam membantu rakyat Malaysia yang tidak mampu mengakses rawatan dialisis boleh hubungi talian 03-7954 9048 atau layari pautan di bawah.


Komen ()