Cari @ Amanz

Apple TV+ adalah platform penstriman langganan berbayar dari Apple. Seperti Netflix dengan kandungan eksklusif mereka, Apple TV+ turut akan mempunyai kandungan eksklusif tersendiri – kandungan daripada Steven Speilberg, JJ Abrams, Oprah Winfrey dan sebagainya.

Terkini, Apple telah melantik seorang veteran dalam bidang dunia perfileman Danielle DePalma. Beliau sebelum ini bertugas selama hampir sedekad di Lionsgate sebagai Naib Pengerusi Kanan. Danielle kini akan bertugas di pasukan Apple TV+ sebagai Eksekutif Pemasaran.

Danielle juga merupakan antara individu yang bertanggungjawab dalam filem The Hunger Games dan Kick-Ass. Dengan pengalaman beliau, pasti pemasaran Apple TV+ kelak akan hebat. Mungkin kerana itu, Apple masih tidak mengumumkan harga langganan kerana inginkan pendapat dari mereka yang lebih berpengalaman.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd