Realme hari ini telah pun melancarkan telefon pintar terbaru mereka untuk tahun ini dibawah keluarga Realme 3, iaitu Realme 3 Pro. Telefon pintar ini hadir dengan sejumlah ciri-ciri baru menarik yang memfokuskan kepada sokongan kamera.
Realme 3 hadir dengan skrin 6.3-inci FHD+ dengan rekaan bertakuk kecil, dijana cip Snapdragon 710, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri berkapasiti 4045mAh.
Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera belakang 16MP + 5MP menggunakan lensa Sony IMX519, selain kamera swafoto 25-megapixel. Realme turut menyertakan sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0 bersama dengannya – membolehkan pengecasan sehingga 50% dalam masa 30 minit.
Realme mengatakan Realme 3 Pro hadir menawarkan sokongan rakaman gambar pada resolusi 64-megapixel Ultra HD, selain kebolehan rakaman video gerak perlahan 960fps. Melengkapkan ia juga adalah ciri seperti Hyper Boost 2.0 untuk menjadikan peranti lebih berkuasa.
Menjananya juga adalah sistem operasi Android 9.0 Pie, dilengkapi antaramuka ColorOS 6.0.
Buat masa ini, Realme 3 Pro dilancarkan di India sahaja, dimana ia ditawarkan pada harga bermula Rs 13999 iaitu sekitar RM830.