Google Doodle merupakan cara daripada Google dalam meraikan sesebuah acara melalui ilustrasi. Ia sering dipaparkan pada enjin carian utama Google, namun kini ia turut diperlihatkan pada bar carian menerusi Pixel Launcher.
Melalui fungsi ini, Google Doodle terkini akan dipaparkan secara bergerak pada bahagian kiri bar carian ini. Apabila pengguna menekan pada animasi ini, ia akan membawa pengguna ke halaman baru untuk memaparkan info yang lebih lanjut mengenai Google Doodle ini. Fungsi ini turut dilihat hadir pada bahagian Google Feed apabila pengguna menyeretkan paparan skrin utama ke kanan.
Namun bagi pengguna yang kurang menyukai dengan paparan ini, pengguna masih diberikan dengan pilihan untuk mematikan fungsi ini. Pengguna boleh menekan lama pada bar carian > klik pada butang tiga titik > Preferences > dan matikan fungsi ‘Searchbox effects‘.
Dengan penyertaan fungsi ini, ia dapat menceriakan lagi paparan skrin utama, disamping dapat mengetahui perkembangan sesesuatu perkara melalui tampilan Google Doodle yang menarik. Bagi pengguna Pixel Launcher, anda mungkin akan melihat paparan ini diaktifkan apabila sesuatu Google Doodle baru diedarkan kepada pengguna.