Selama dua tahun Apple dan Qualcomm ‘bergaduh’, akhirnya Apple mengalah dan bersetuju untuk menyelesaikan pertelagahan berkenaan royalti. Apple dipercayai membayar sekitar RM25 Bilion kepada Qualcomm. Kini selepas ‘berbaik’, Apple dan Qualcomm mula bekerjasama semula.
Menurut laporan dari rantaian industri, Apple dan Qualcomm bekerjasama untuk hasilkan sensor pengimbas cap jari bawah skrin jenis ultrasonik. Sensor ini adalah sensor yang buat pertama diperkenalkan pada Samsung Galaxy S10.
Pengimbas cap jari bawah skrin jenis ultrasonik adalah sensor yang lebih selamat dan pantas. Ia juga tidak memerlukan cahaya seperti sensor jenis optikal. Menarik sekali, saiz sensor ini adalah sekitar 0.15mm sahaja.
Disebabkan Apple bangga dengan teknologi Face ID mereka, dengan pengenalan ‘Touch ID’ baru ini, paten dwi-sistem nyahkunci pada iPhone mungkin akan hadir pada iPhone generasi baru.