Teksi Swapandu Akan Tiba Di Pasaran Amerika Syarikat Dalam Masa Dua Tahun – Tesla

Teksi Swapandu Akan Tiba Di Pasaran Amerika Syarikat Dalam Masa Dua Tahun – Tesla

Diterbitkan pada Apr 23, 2019 oleh .

Tesla boleh dikatalan salah satu daripada syarikat teknologi kenderaan yang sangat menarik kerana kemahiran dan teknologi yang digunakan oleh kenderaan-kenderaan mereka.

Pengujian teknologi swapandu oleh mereka bukanlah sesuatu yang baru, akan tetapi mereka telah mengatakan bahawa teksi-teksi robotik, ataupun teksi swapandu akan tiba di pasran Amerika Syarikat dalam lingkungan satu hingga dua tahun lagi.

Elon Musk, CEO Tesla berkata bahawa dalam lingkungan masa tersebut, terdapat kebarangkalian besar bahawa mereka akan menghasilkan teksi yang tidak mempunyai roda stereng ataupun pedal.

Beliau membuat deklamasi ini selepas mengumumkan mikrocip terbaru Tesla, yang dikatakan akan memberi kelebihan berbanding dengan syarikat-syarikat kenderaan elektrik dan swapandu yang lain. Mikrocip tersebut dikatakan telah direka di kilang Samsung di Texas.

Elon Musk turut menyatakan bahawa model-model kereta mereka yang akan menggunakan cip kecerdasan buatan terbaru ini termasuklah Tesla Model 3, Model S dan Model X. Cip-cip ini sudahpun mula dipasangkan kedalam kenderaan-kenderaan tersebut baru-baru ini.

Kebanyakan kereta swapandu hari ini berada pada tahap Level 3, dimana walaupun kenderaan-kenderaan ini boleh dipandu dengan sendiri, ia masih mempunyai beberapa kekurangan yang memerlukan penumpang untuk mengambil alih sistem swapandu jika diperlukan.

Pada tahap Level 4, ia dikatakan bahawa kenderaan-kenderaan tidak lagi memerlukan roda stereng, dan kecerdasan buatan boleh digunakan sepenuhnya untuk memandu sebuah kenderaan. Akan tetapi, menurut ramai pakai teknologi, kita masih memerlukan lebih dari dua tahun untuk menjadikan perkara ini satu realiti.


TIPS & ULASAN