Hari ini Prasarana Malaysia Berhad telah memperkenalkan pas MyCity 1 hari dan MyCity 3 hari khas buat penggunaan perjalanan tanpa had. Pas ini boleh digunakan pada perkhidmatan Sunway Line – Mass Rapid Transit (MRT), Light Rail Transit (LRT), Monorail dan Bus Rapid Transit (BRT).
Pas khas 1 hari dan 3 hari ini diperkenalkan sebagai tindak balas kepada permintaan pelanggan terutamanya dari pelancong dan pelanggan antarabangsa di luar Kuala Lumpur dan Selangor.
Selain itu, kegunaan pas baru ini juga dapat memberi kemudahan yang besar kepada pengguna bukan rakyat Malaysia dan bukan pengguna biasa untuk perjalanan tanpa had dalam masa yang singkat. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha Prasarana kepada industri pelancongan Malaysia.
Untuk makluman anda, pas MyCity ini ditawarkan pada harga RM15 untuk pas 1 hari manakala pas 3 hari berharga RM45. Pas ini juga boleh didapati di semua stesen LRT, MRT, Monorail dan BRT. Kad dijual pada harga RM25 dan RM 55 kerana mengambil perkiraan kos kad (RM5) dan nilai minimum RM5 untuk memudahkan pergerakan mereka melalui pintu tiket. Buat masa ini, pakej pas tersebut tidak meliputi perkhidmatan di Rapid KL dan bas pengantara MRT.