Samsung Display adalah pengeluar panel skrin yang digunakan pada pelbagai peranti – termasuk telefon pintar keluaran Samsung. Terkini, ia dilaporkan yang mana Samsung Display sedang membangunkan dua lagi variasi skrin boleh-lipat, dikenali dengan nama “Type G” dan juga “Type S”.
Kedua-duanya adalah skrin yang boleh dilipat dua kali – berbeza dengan apa yang digunakan pada Galaxy Fold hari ini.
“Type G” merupakan panel skrin yang boleh dilipat dua kali seumpama huruf “G” – dimana panel pertama ditutup ke dalam, dan seterusnya panel seterusnya menutup diluar. Panel “Type G” ini pula dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 8-inci.
Skrin yang kedua yang sedang dibangunkan adalah “Type S”, dimana ia dikatakan mungkin bersaiz sekitar 13-inci, dan ia boleh dilipat dengan membentuk rekaan seumpama huruf “S”.
Kedua-dua panel ini menawarkan rekaan panel yang boleh dilipat dua kali, sekaligus membawakan kepada rekaan telefon pintar yang lebih berbeza berbanding penawaran rekaan telefon pintar boleh-lipat hari ini.
Seperti biasa, panel ini adalah dibangunkan oleh Samsung Display – dan tidak semestinya ia hadir pada telefon pintar Samsung terlebih dahulu.