Cari @ Amanz

Pemalam Shopback Untuk Chrome Dan Firefox Dikemaksini – Memudahkan Pembelian Di Taobao

Oleh Aman

Link Copied!

Shopback merupakan salah satu laman yang memberikan pulangan tunai untuk pembelian di beberapa laman edagang tempatan. Ia telah beroperasi sejak beberapa tahun yang lepas di Malaysia, dan digunakan ramai dalam mendapatkan penjimatan tambahan untuk pembelian secara atas-talian – termasuk untuk tambah-nilai dan sebagainya.

Selain penawaran berasaskan web dan juga melalui aplikasi mudah-alih, Shopback turut menyediakan penawaran pemalam khusus untuk Chrome dan juga Firefox. Terkini, pada minggu ini, pihak Shopback turut mengemaskini pemalam Chrome dan Firefox, sekaligus memudahkan lagi urusan pembelian melalui laman Taobao.

Shopback Taobao

Laman Taobao merupakan salah satu laman edagang popular di China, menawarkan pelbagai barangan pada harga yang sangat murah. Kini, dengan pemalam Shopback yang dikemaskini, pengguna boleh melihat sama ada sesuatu pembelian akan menerima pulangan tunai kembali atau sebaliknya – dan mengaktifkan ia dengan mudah.

Anda juga boleh membuat carian dengan mudah pada laman Taobao terus tanpa perlu melalui proses sukar seperti sebelum ini.

Bagi anda yang kerap menggunakan Shopback, atau melakukan pembelian atas-talian, mungkin boleh menyemak penawaran pemalam Chrome dan Firefox dari Shopback ini hari ini.


Komen ()