Cari @ Amanz

Pada awal tahun ini, Huawei telah melancarkan dua buah model telefon pintar di bawah siri Nova, iaitu Huawei Nova 4 dan Huawei Nova 4e. Untuk beberapa pasaran, Huawei Nova 4e juga dikenali sebagai Huawei P30 lite yang mana telefon pintar ini memfokuskan penawaran hasil gambar dengan kualiti mengagumkan selain membawakan rekaan peranti selari dengan trend terkini.

Untuk siri kali ini, Huawei Nova 4e hadir dengan keupayaan kamera yang menakjubkan yang pasti mampu meningkatkan pengalaman pengguna. Dengan kehadiran sistem tri-kamera dan teknologi kecerdasan buatan (AI), anda mampu menghasilkan kualiti gambar yang baik seakan profesional untuk penggambaran biasa mahupun rakaman swafoto.

Telefon pintar ini dilengkapi dengan skrin 6.15-inci LTPS dengan takuk kecil seakan titisan air, dijana cip pemprosesan Kirin 710, memori sebesar 6GB RAM dan storan sebesar 128GB. Melengkapkan peranti, Huawei yang telah ditawarkan dengan spesifikasi yang baik pada harga yang sangat mampu milik. Ia dibina dengan prestasi dan spesifikasi premium yang mungkin menjadi faktor untuk anda memiliki Huawei Nova 4e ini.

Peranti Dengan Rekaan Terkini Dan Premium

Menarik mengenai peranti Huawei Nova 4e, ia membawakan rekaan corak cerun pada kerangka peranti, sekaligus menghasilkan impak premium dan futuristik kepada pemilik peranti. Menghiasi Huawei Nova 4e adalah paparan skrin dengan takuk seakan titisan air dan kehadiran bezel yang minimum pada bawah skrin peranti. Dengan ini, ia membawakan nisbah skrin-ke-tubuh sebanyak 84.1 peratus sekaligus menjadikan paparan video lebih lebar dan luas.

Selain hadir binaan kamera swafoto yang terbina pada takuk, Huawei Nova 4e turut menyertakan sokongan set fon telinga dengan pembesar suara miniatur (Miniaturized Earpiece Speaker) pada kerangka. Dalam pada itu juga, peranti ini juga hadir dengan ciri paparan bateri dengan tiga pilihan warna bagi memudahkan anda untuk mengetahui kapasiti penggunaan bateri sedia ada.

Anda boleh mendapatkan telefon pintar ini dengan pilihan warna yang mempersonakan, iaitu Midnight Black, Pearl White dan Peacock Blue. Berbeza dengan pilihan warna sebelum ini, Huawei Nova 4e menawarkan skim warna cerun terbaru yang menggabungkan warna biru dan indigo untuk mewujudkan rekaan dinamik dan futuristik.

Menerusi gabungan warna cerun pada Huawei Nova 4e, anda kini tidak lagi perlu risau untuk tampil bergaya di khayalak ramai. Tambahan lagi, Huawei juga membawakan teknologi terbaru bagi mendapatkan salutan untuk wana cerun yang sempurna sekaligus menghasilkan paparan belakang dengan warna yang terang dan menawan.

Memperkuasakan Hiburan Dengan Keupayaan AI

Untuk spesifikasi dalaman, telefon pintar ini juga menampilkan teknologi GPU Turbo 2.0 oleh Huawei yang mana ia mampu meningkatkan prestasi ketika anda bermain permua sekaligus menjadikan penggunaan bateri adalah lebih jimat dan efisien. Bercakap mengenai ketahanan bateri, Huawei Nova 4e dikatakan mampu bertahan sekitar 5 hingga 6 jam screen-on-time dengan bateri sebesar 3340mAh. Ia juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas 9V/2A dan boleh dicas menggunakan port pengecasan USB-C.

Anda juga boleh menetapkan fungsi Smart Power Saving dengan keupayaan AI yang mana apabila fungsi ini diaktifkan, ia akan mengurangkan prestasi untuk aplikasi yang kurang digunakan. Selain itu, Huawei Nova 4e menawarkan saiz memori sebesar 6GB RAM dan storan sebesar 128GB yang membolehkan pengguna untuk merakam gambar dan video dengan resolusi tinggi selain memuat turun pelbagai jenis aplikasi dan perisian ke dalam peranti.

Untuk memperkuasakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI), Huawei Nova 4e turut menyokong ciri menarik AI Video Ringtone pada peranti. Dengan sokongan ini, pengguna boleh memuat turun klip dari mana-mana platform video atas talian untuk dijadikan sebagai nada dering video sewaktu menerima panggilan telefon.

Sebelum ini, teknologi ini telah disertakan pada peranti dibawah siri ini juga, iaitu Huawei Nova 4. Dan ia telah mendapat sambutan baik daripada pengguna yang mana kini paparan sewaktu panggilan diterima akan tampak lebih ceria dan meriah. Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh memilih video dari selebriti tempatan untuk menetapkannya sebagai Video Ringtone.

Teknologi AI Untuk Rakaman Sempurna

Anda juga boleh menikmati dan merakam setiap detik indah dengan bantuan teknologi kamera AI yang menakjubkan. Huawei Nova 4e membawakan sistem tri-kamera belakang dengan flash LED yang terdiri daripada kamera utama 24-megapixel dengan aperture f/1.8, lensa sudut lebar 120 darjah 8-megapixel dan sensor untuk gambar bokeh 2-megapixel. Untuk rakaman swafoto pula, ia menawarkan sensor 32-megapixel dengan aperture f/2.0 diletakkan pada bahagian takuk di skrin hadapan.

Dengan keupayaan AI pada kamera, ia membolehkan anda untuk merakam gambar dengan baik menerusi proses pengecaman objek dan situasi. Menerusi teknik pengecaman objek dan situasi, rakaman gambar dan video yang dibuat akan menghasilkan efek warna yang menarik dan cantik dalam pelbagai jenis pencahayaan. Malah, ia juga membantu rakaman dan suntingan pada gambar dan video yang dilakukan anda menjadi lebih baik.

Handheld Night Mode ialah mod mudah alih yang membenarkan anda untuk mengambil gambar dalam semua jenis sudut dan keadaan pencahayaan. Ciri ini dipertingkatkan lagi dengan keupayaan AI yang mana ia menawarkan lebih banyak lagi mod untuk rakaman gambar seperti mod snow, blue sky, tumbuh-tumbuhan dan gambar berkumpulan. Dengan ini, Huawei Nova 4e membolehkan anda merakam lebih banyak pemandangan tanpa meninggalkan apa-apa daripada kesan tembakan pada hasil gambar.


Kesimpulan

Kesimpulannya, telefon pintar ini mempunyai sokongan kamera yang sangat baik kerana ia menyokong teknologi AI. Sokongan ini sangat membantu dalam penghasilan gambar yang cantik, sama ada untuk membuat rakaman gambar atau video. Huawei Nova 4e menawarkan beberapa fungsi menarik termasuk AI Video Ringtone, Handheld Night Mode serta paparan bateri dengan tiga pilihan warna.

Sebelum ini, Huawei juga telah melancarkan Huawei Nova 4 dengan spesifikasi premium yang mana ia dilengkapi dengan paparan skrin FullView pertama di pasaran tempatan. Huawei Nova 4 hadir dengan rekaan berlubang untuk menempatkan kamera swafoto, yang membuatkan paparan skrin dapat dilihat sepenuhnya tanpa sebarang takuk yang mengganggu.


Untuk pasaran Malaysia, telefon pintar ini boleh didapati pada harga RM1199 di semua rangkaian kedai rasmi Huawei. Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya di laman atas-talian rasmi Huawei atau pengedar-pengedar rasmi mereka. Layari laman web rasmi Huawei untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Huawei Nova 4 dan Huawei Nova 4e.

Penafian: Advertorial Dari Huawei Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd