Dalam usaha untuk meningkatkan lagi keyakinan pengguna terhadap rangkaian U Mobile, kini mereka telah hadir dengan promosi baru yang membolehkan para pengguna untuk menguji rangkaian mereka selama 7 hari tanpa tertakluk untuk bayaran penggunaan dan kontrak.
Pengguna boleh melakukan ujian dengan mendaftar pakej pascabayar Unlimited Hero P99, dimana anda akan perlu terlebih dahulu membuat pembayaran pendahuluan sebanyak RM99. Seterusnya, sekiranya anda tidak berpuas hati, dan memilih untuk menamatkan talian dalam tempoh kurang tujuh hari, anda boleh menerima wang anda kembali.
U Mobile hadir dengan promosi baru ini, selain turut mengatakan rangkaian 4G mereka kini menawarkan liputan lebih meluas berbanding dulu.
Bagi anda yang berminat, boleh menguji rangkaian U Mobile ini dengan menyemak laman rasmi U Mobile hari ini. Ujian ini hanya tertakluk untuk penggunaan nombor telefon baharu sahaja, dan anda perlu membatalkan talian anda dalam tempoh 7 hari sekiranya tidak ingin menyambung penggunaan rangkaian berkenaan.