Carian
Intel Memperkenalkan Siri CPU Generasi Kesembilan Khusus Untuk Peranti Mudah Alih
April 23, 2019 Nazrin

Intel mula memperkenalkan siri CPU Intel Core generasi kesembilan pada penghujung tahun lepas, dan untuk sekian lamanya, ramai orang, dan pembuat computer riba telah tertunggu-tunggu untuk model yang dibina khusus untuk peranti mudah-alih seperti komputer riba.

Hari ini, Intel akhirnya telah mengumumkan siri cip pemprosesan Intel Core Mobile generasi kesembilan mereka, yang dikatakan hadir dengan prestasi yang lebih bagus berbanding dengan cip-cip pemprosesan yang dikeluarkan oleh Intel sebelum ini, walaupun apabila dibandingkan dengan siri CPU generasi kelapan.

Buat masa ini, model-model CPU yang diumumkan termasuklah:

  • Intel Core i9-9900HK
  • Intel Core i9-9880H
  • Intel Core i7-9950H
  • Intel Core i7-9750H
  • Intel Core i5-9400H
  • Intel Core i5-9300H

Dari segi prestasi, Intel mengatakan bahawa siri CPU Intel Core generasi kesembilan ini mampu meningkatkan kadar bingkai sewaktu gaming sebanyak 18 peratus, dan kepantasan untuk mengedit video 4K sebanyak 28 peratus walaupun apabila dibandingkan dengan siri CPU Intel generasi kelapan.

Jika dibandingkan dengan siri CPU Intel generasi keenam pula, nombor-nombor tersebut meningkat dengan lebih mendadak lagi, sebanyak 33 peratus dan 54 peratus.

Apa yang menarik mengenai salah satu daripada CPU-CPU ini, terutamanya model Intel Core i9-9900HK ialah cip pemprosesan terebut boleh dilewahjam sehingga 5.0GHz, manakala model Core i9-9800H boleh dilewahjam sehingga 4.8GHz.

CPU-CPU ini akan tiba pada pelbagai komputer riba oleh pembuat-pembuat peranti tidak lama lagi, dan malah Acer boleh dikatakan diantara jenama-jenama pertama yang mengacah penggunaannya melalui komputer riba Acer Predator Helios 700 dan juga Acer ConceptD 9.

Komen