Rasmi : OnePlus 7 Akan Dilancarkan Pada 14 Mei

Rasmi : OnePlus 7 Akan Dilancarkan Pada 14 Mei

Diterbitkan pada Apr 23, 2019 oleh .

OnePlus hari ini mengumumkan secara rasminya yang mana mereka akan melancarkan telefon pintar dibawah siri OnePlus 7 pada 14 Mei kelak. Penggunaan nama “siri OnePlus 7” sendiri sekaligus menandakan yang mana mereka akan memperkenalkan lebih daripada satu peranti ketika acara pelancaran berkenaan.

Mengikut info tertiris sebelum ini, OnePlus 7 dijangka hadir dengan rekaan yang sedikit berbeza dengan OnePlus 7 Pro – termasuk versi Pro dijangka menggunakan kamera pop-naik, sementara model biasa menggunakan kamera pada takuk.

OnePlus juga dijangka menyertakan skrin pada kadar segar semula 90Hz, selain variasi model 5G dibawah siri OnePlus 7.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 14 Mei ini untuk melihat sendiri apakah kejutan yang akan dibawakan oleh pihak OnePlus.


TIPS & ULASAN