Cari @ Amanz

Google Assistant merupakan fungsi pembantu maya dengan penyertaan sejumlah fungsi pintar di dalamnya. Ia membolehkan pengguna bertanya dan mendapatkan maklum balas, seperti info cuaca, penerbangan atau, bermain permainan padanya. Bagi anda yang sedang menguasai Bahasa Arab, Google Assistant kini telah mula menerima sokongan bahasa ini yang mana ia sedia diuji di dalam bentuk beta.

Bahasa Arab yang ditawarkan adalah daripada dua versi berbeza iaitu Bahasa Arab (Mesir) dan Bahasa Arab (Arab Saudi). Bahasa Arab (Mesir) telah mula ditawarkan dalam bentuk beta terbuka dan sedia diuji untuk semua pengguna. Bagi Bahasa Arab (Arab Saudi), ia masih diuji di dalam beta tertutup dan hanya sejumlah pengguna sahaja yang boleh mengaktifkannya.

Bahasa Arab merupakan bahasa ke-enam yang paling banyak digunakan di dunia, dengan mencatatkan jumlah pengguna kira-kira 273.9 juta. Di Malaysia, Bahasa Arab sering digunakan di dalam urusan keagamaan, selain menjadi bahasa untuk berinteraksi dengan sejumlah pelawat dari negara-negara Arab. Ia juga antara bahasa yang meluas diajar di Malaysia, jadi pengenalan Bahasa Arab pada Google Assistant sedikit sebanyak dapat membantu pengguna menguasai bahasa ini dengan lebih baik.

Jadi bagi anda ingin mengaktifkan Bahasa Arab ini, anda boleh menuju ke halaman Google Assistant > pergi tab Assistant > Languages > dan pilih Bahasa Arab pilihan anda. Ia masih diuji dalam peringkat beta, jadi ada beberapa perkataan dan sebutan masih belum dioptimasikan setakat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd