Cari @ Amanz

Instagram hari ini telah menambah satu lagi penawaran “Stickers” terbaru pada penawaran mereka, iaitu “Quiz Sticker“. Melaluinya, ia kini memudahkan pengguna untuk membuat soalan kuiz ringkas terus pada Instagram Stories mereka.

Instagram Quiz Stickers

Melalui “Quiz Sticker”, pengguna boleh menghasilkan soalan objektif, sekaligus menjadikan interaksi anda dengan para pengikut lebih menarik lagi. Anda boleh bertanyakan sebarang soalan kepada rakan-rakan atau pengikut akaun Instagram anda, dan melihat adakah mereka mengenali anda dengan lebih baik, dan sebagainya.

Bagi anda yang kerap menggunakan Instagram Stories boleh mencuba ciri baru ini, sekaligus menjadikan interaksi anda dengan rakan-rakan lain lebih menarik lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd