Xiaomi Mempatenkan Rekaan Peranti Dengan Takuk Kamera Terkeluar

Xiaomi Mempatenkan Rekaan Peranti Dengan Takuk Kamera Terkeluar

Diterbitkan pada Apr 24, 2019 oleh .

Apabila takuk diperkenalkan pada skrin peranti, ramai merasakan ia terpaksa dilakukan bagi meletakkan sensor tambahan dan mengekalkan permukaan skrin hadapan yang besar. Kini terdapat pelbagai cara lain ini dapat dielakkan seperti penggunaan lubang kamera dan kamera yang melungsur ke atas. Xiaomi turut mempunyai idea yang unik untuk menyelesaikan masalah penggunaan takuk.

Mereka mempatenkan beberapa rekaan peranti dengan takuk yang terkeluar dari tubuh peranti untuk kamera swafoto. Empat rekaan yang difailkan mempunyai saiz takuk terkeluar berlainan saiz. Penggunaan rekaan ini sebenarnya tidak aneh kerana sebelum ini ZTE memperlihatkan konsep telefon pintar dengan takuk terkeluar pada bahagian sisi untuk kamera swafoto.


TIPS & ULASAN