Carian
Nokia 4.2 Kini Hadir Ke Pasaran Malaysia Pada Harga Jualan RM599
April 24, 2019 Aman

HMD Global hari ini telah mengumumkan penawaran telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Nokia 4.2. Ia bakal dipasarkan di Malaysia bermula 26 April ini pada harga RM599.

Nokia 4.2 hadir dengan skrin 5.71-inci, dijana cip Snapdragon 439, memori 3GB RAM, dan storan 32GB. Melengkapkan ia juga adalah bateri berkapasiti 3000mAh.

Nokia 4.2

Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan dwi-kamera belakang 13MP + 2MP, selain kamera hadapan 8-megapixel. Nokia 4.2 menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian belakang peranti.

Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah sebuah butang fizikal khas yang didedikasikan untuk Google Assistant, selain turut boleh mengakses Google Visual Snapshot dengan menekan dua kali.

Di Malaysia, Nokia 4.2 ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan merah jambu pada harga RM599, dan boleh dibeli bermula 26 April ini.

Komen