Apple Disaman RM 4.13 Bilion Kerana Sistem Pengecaman Wajah Didakwa Mengakibatkan Individu Tidak Bersalah Ditangkap

Apple Disaman RM 4.13 Bilion Kerana Sistem Pengecaman Wajah Didakwa Mengakibatkan Individu Tidak Bersalah Ditangkap

Diterbitkan pada Apr 24, 2019 oleh .

Apple baru menyelesaikan kes saman mereka dengan Qualcomm di luar mahkamah minggu lalu. Tetapi selepas satu kes selesai, sebuah lagi kes baharu pula dihadapi oleh mereka. Di New York, Apple telah disaman sebanyak $1 Bilion  (~RM 4.13 bilion) oleh seorang remaja selepas beliau dituduh sebagai suspek kes rompakan beberapa Apple Store di bandaraya tersebut.

Apple StoreOusmane Bah mendakwa perompak menggunakan kad pengenalan palsu dengan wajah dan alamat beliau ketika melakukan jenayah. Bah mendakwa Apple kemudian memasukkan wajah suspek ke dalam sistem pengecaman wajah tetapi dengan maklumat peribadi beliau. Akibatkan beliau telah ditahan November tahun lalu sebagai suspek utama beberapa siri kejadian rompakan Apple Store.

Apabila siasatan dilakukan,wajah Bah didapati berbeza dengan wajah perompak dan beliau dapat mempunyai bukti berada di lokasi berlainan ketika rompakan dilakukan. Pihak Apple segera menyangkal dakwaan bahawa sistem pengecaman wajah digunakan pada sistem sekuriti Apple Store mereka.


TIPS & ULASAN