Carian
Lenovo Z6 Pro Dilancarkan Dengan Snapdragon 855 Dan Empat Kamera Utama
April 24, 2019 Effi Saharudin

Semalam Lenovo Z6 Pro akhirnya dilancarkan secara rasmi dan seperti beberapa maklumat yang tertiris sebelum ini, ia adalah sebuah peranti mercu dengan empat kamera utama. Ia dilengkapi skrin 6.39″ AMOLED FHD+ bertakuk kecil, dijana cip Snapdragon 855, memori sehingga 12GB dan storan sehingga 512GB.

Bagi yang memerlukan storan tambahan, kad mikro SD sehingga 512GB boleh digunakan. Kamera utama menggabungkan sensor 48+16+8+2 Megapixel. Sensor 48-Megapixel digunakan pada lensa biasa f/1.8, sensor 16-Megapixel digunakan pada lensa sudut ultra lebar f/2.2, sensor 8-Megapixel digunakan pada lensa telefoto f/2.4 dan sensor 2-Megapixel pula ialah untuk rakaman video f/1.8. Sistem pemfokusan PDAF dan TOF disokong lengkap dengan rakaman video 4K.

Kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel f/2.0. melengkapi spesifikasi ialah bateri sebesar 4000 mAh dengan pengecasan pantas 27W menerusi port USB-C. Peranti menggunakan Android Pie dengan pelancar ZUI 11.

Peranti turut mempunyai sistem nyahkunci menggunakan wajah serta pengimbas cap jari terbina dalam skrin hadapan. Selain itu skrin peranti juga menyokong paparan HDR10 serta sistem audio Dolby Atmos. Di China Lenovo Z6 Pro dijual pada harga bermula RMB 2899 (~RM 1781).

Komen